Penulis: Liyana Zahim
Tajuk: Rindu Tercipta
Harga Asal: RM19.90
Harga Selepas Diskaun: RM 19
Postage: RM6 = RM 25 termasuk postage
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 29 
Status: Available
Sinopsis:
Saat Anis mengumpul sejuta semangat untuk terus bertahan selepas  kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati. 
Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera  hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap  seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya  terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan  selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari. 
Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. 
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir  lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim.
Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini.
Penulis: Liyana Zahim
Tajuk: Sekebun Bunga Cinta
Harga Asal: RM 22
Harga Selepas Diskaun: RM 21
Postage: RM6 = RM 27 termasuk postage
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 31
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 31
Status: Available 
Sinopsis:
Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa.  Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi.  Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan  hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu? 
Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn  tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu  hatinya yang disangka kental itu sangat rapuh. Lalu, dia membawa diri ke  Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan  lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia  tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!
Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu,  pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu,  hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya,  dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan,  Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di  jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang  tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa  cinta tidak semestinya dimiliki. 
Penulis: Aisya Sofea
Tajuk: Uda dan Dara
Harga Asal: RM 22
Harga Selepas Diskaun: RM 21
Postage: RM6 = RM 27 termasuk postage
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 31
Status: Available
Status: Available
Sinopsis:
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak  mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang  sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun,  si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki  walau apa pun yang  terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu.  Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan  sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki  itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang  untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam  meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah.  Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat  itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka.  Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat. 
“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”
Penulis: Fatin Nabila
Tajuk: Setia Hujung Nyawa
Harga Asal: RM 19.90
Harga Selepas Diskaun: RM 19
Postage: RM6 = RM 25 termasuk postage
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 29
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 29
Status: Out of Stock
Sinopsis:
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu  menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut  mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani,  hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran  untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah  keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak  mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu  baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat  menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia  belum pernah menyentuh  isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.  Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum  biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang  dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa  pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. 
Penulis Aini Marisha
Tajuk: Usah Menangis Sayang
Harga Asal: RM 21
Harga Selepas Diskaun: RM 20
Postage RM6 = RM 26 termasuk postage
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 30
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 30
Status: Out of Stock
Sinopsis
Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia. Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan  akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi  kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya.  Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu  sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu  agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan  dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta  mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka  bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini.
Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana  dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di  kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu  berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat  sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu  hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa  ditinggalkan dalam diam.


 

No comments:
Post a Comment