ORDER FORM

Name:
Email Address:
Address:
Contact Number:
Novel Title:

This HTML form was created by Freedback.

Thursday 6 October 2011

BATCH 2 LZ'S NOVEL ONLINE


Penulis: Herna Diana
Tajuk: Akhirnya Aku Kahwin
Harga Asal: RM 19.90
Harga Selepas Diskaun: RM 19
Postage: RM 6 = RM 25 termasuk postage
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 28
Status: Available

Sinopsis
Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?


Penulis: Rozita Abd. Wahab
Tajuk: Kasih Bersulam Cinta
Harga Asal: RM 17
Harga Selepas Diskaun: RM 16
Postage RM 6 = RM 22 termasuk postage
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 26
Status: Available

Sinopsis
Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul!

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.


Penulis: Murni Aqila
Tajuk: Ingat Janji Kita
Harga Asal: RM 21
Harga Selepas Diskaun: RM 20
Postage RM6 = RM 26 termasuk postage
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 30
Status: Available

Sinopsis
 Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya.

Apabila tiba masanya...
“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.”
“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?

 

Penulis: Nuriz Aida
Tajuk: Serasi Sehati
Harga Asal: RM 21
Harga Selepas Diskaun: RM 20
Postage: RM 6 = RM 26 termasuk postage
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 30
Status: Available

Sinopsis
DEMI insan yang melahir dan membesarkannya, Balqis cuba menunaikan impian mereka. Hubungan keluarga yang berantakan harus dipulihkan kembali walaupun jalannya berliku. Datuk, emak saudara dan adik kandung sendiri mengecamnya. Namun di sisinya sentiasa ada Aiman, insan yang sempurna dalam sebuah persahabatan.

Dia teguh kerana lelaki itu. Walaupun sedar Aiman tercipta untuk Tengku Alisya, persahabatan mereka tidak pernah tercalar. Ini kerana cinta
Balqis berbunga untuk Hafizul. Dalam perkenalan yang singkat, dia dan Hafizul merancang untuk mendirikan mahligai cinta.

Tetapi ada sesuatu terdetik di hati Tengku Alisya dan Hafizul. Balqis serasi bersama Aiman. Dan Aiman sehati dengan Balqis. Dalam menjaga hati insan yang disayangi, mereka semua terpaksa menipu diri sendiri. Sakit... itu sudah pasti.

“Hati pasti rasa sakit bila berbohong. Lebih-lebih lagi apa yang kita bohong itu bukan satu pembohongan."


Penulis: Mila Yusof
Tajuk: Semerah Inai Di Jari
Harga Asal: RM 21
Harga Selepas Diskaun: RM 20
Postage RM 6 = RM 26 termasuk postage
Sabah/Sarawak: Postage RM 10 = RM 30
Status: Available

Sinopsis
Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk.

Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya

No comments: